Kamis, 17 Desember 2009

Impian Cinta Novel…..


Bergarap kisah sang anak muda menggapai indah nya cinta novel.. Tragisnya cabaran… getirnya nodaan.. Aki, nama sang anak muda yg terperangkap didalam ideanya untuk berembun bersama cinta novel…mungkin ramai yg berimpi akan melabuh tirai pencarian cinta ibarat cerpen nan indah dan novel nan Gah.. namun jika sesuatu cinta itu benar2 terjadi… bayangkan seluruh perjalanan cerita cinta ibarat skrip drama.. ibarat cetusan minda sang pengarah dan pujangga..
kisah yg benar dan telus tentang pencarian cinta agung dan penuh harapan dari Aki, jejaka yg berusia dua puluhan… tidak terlalu segak.. tidak terlalu kacak.. namun cukup untuk membaitkan kata manis dari bibir sang dara pujaan. Duduk aki di ruang tamu… menonton drama cinta dari barat, berfikir aki…"benarkah ada cinta begini?… benarkah terlalu getir untuk melayari dunia cinta?…" berfikir Aki yang seakan ragu terhadap penarafan cerita si Pengarah drama tentang cabaran cinta sahabat lama…Aki terusan bermimpi dipertemukan ikatan bersama cinta pertama nya… cinta yg berputik dari sekolah rendah… cinta yg terkatung kerana gusarnya untuk melafazkan kata cinta…cinta yg benar bertepuk sebelah tangan… cinta yg perlu untuk disandarkan… namun Aki terus mengharap "jika benarlah cinta begini boleh berlaku.. biarlah ia berlaku padaku" sudah agak lama Aki bersendirian, memang sebelum ini Aki bertukar pasangan, terasa mudah untuk mendapat cinta.. terlalu senang dara di goda… namun perasaan getar cinta yg benar itu tidak pernah Aki rasai… walau penuh sudah kiraan dijari…lupa nama bekas kekasih hati, namun tiada yg berbaloi untuk dikorban, tiada yg indah untuk di kenang, kerana aki selalu bermain perasaan.. menanam impian untuk mencari kembali cinta yg telah lama hilang…cinta Aki di Darjah 3….
selang sepurnama bergelut dengan perasaan, selang berbulan berkias akal fikiran mencipta impian… tiba2 seakan langit terbuka…. Tuhan menerima impian menjadi doa… makbul semua… kisah cinta novel bermula…. Aki berjumpa Edlia menerusi laman web mencari teman bicara..laman berbicara bahasa cinta.. "rupa paras itu seperti ku kenal, nama itu seakan pernah berlegar, aku tidak sangsi.. namun sedikit gusar… benarkah dia gadis yg aku selalu puja… yg kadang tersebut di dalam doa. doa untuk aku bersua… Benar tuhan telah mendengar?" "ya mmg benar itu Edlia, gadis cintaku yg pertama, aku harus manfaat peluang, jangan aku terlepas pandang, jangan ku takut untuk berdendang… dendangan lagu cinta.. walau aku di tolak cinta, biar hati ku puas Edlia mendengar yg dirinya amat aku nantikan"..
Edlia…Gadis comel berambut lurus..membesar bersama.. baik buruk diri telah diketahui.Masakan ada cinta yg lebih berbaloi dari ini untuk Aki menanti.. saat mula perkenalan semula, aki terlalu teruja… kali pertama merasa.. makan aki tidak kenyang dan tidur aki tidak lena. Penangan panahan asmara pertama.. dan kebetulan  semua ini terlalu indah untuk terjadi… Aki meluah kata cinta pada Edlia… dalam diam Edlia yg baru sahaja terputus hubungan.. baru karam cinta di lautan… menerima cinta untuk dijadikan tampungan.. dijadikan apungan. Edlia menyambut cinta, sematkan di hati nan kontang bak gurun yg gersang… hilang sudah air mata Edlia yg menangisi pemergian cinta yg enggan untuk terus bersama… "arghh… biarlah Aki yg mengisi kekosongan hidupku, biar Aki menjadi teman di kala aku sedang sendiri, aku tidak mampu untuk terusan menangis seorang diri.. Walau aku tidak cintai Aki.. namun mungkin ada bahu untuk aku sandarkan.. ada telinga untuk aku luahkan, enak aku menangis dibahu lelaki,dan dibelai rambut untuk memujuk diri" kata Edlia yg Menjustifikasi permainan cinta yg kurang telus bersama Aki. Namun semua itu kabur di mata Aki, mmg Aki handal bermain kata, bermadah pujangga, Aki mahir dalam adat bercinta dan menggoda,Tetapi itu semua enggak bisa menjauhkan Aki dari menjadi buta, kerana Aki terhegeh oleh idea untuk merealisasikan cinta darjah 3.. " aku akan berjuang untuk mempertahankan cinta ini kerana mmg inilah yg aku dambarkan, mmg inilah yg agung untuk aku korbankan. telah lama aku menanti, mencari… aku seakan merasai bahawa… iniliah getar asmaraku…..
-BERSAMBUNG………

Tidak ada komentar:

Posting Komentar